Selasa, 27 November 2012

ANAK ABAH NAK MASUK TAHFIZ

Lama aku tak berbicara melaui blog...terlalu sibuk dengan kerjaya.. Aiman dahpun mendapat keputusan UPSR. Anak tunggal lelaki aku ni dapat 3A 2B. Macam biasa seorang ayah,mula merancang akan masa depan seorang anak. Kalau nak diikutkan semenjak kelahiran anak perempuan ku yang bongsu aku dah tahu apa yang aku inginkan pada satu-satunya anak lelaki aku ini. Aku menaruh sepenuh harapan dan setiap kali selepas bersolat aku mendoakan beliau menjadi seorang Huffaz A-Quran, Da'i yang berhemah tinggi, seorang Muslim yang bijaksana dan mampu menghadapi cabaran dunia. Rasanya apa yang aku doakan dan impikan tidaklah keterlaluan semuanya untuk kebahagian Aiman dunia dan akhirat.

Aku memulakan langkah untuk mencari Pusat/Maahad Tahfiz yang terbaik untuk aku tempatkan anak aku. Cara yang termudah adalah melayari internet. Akhirnya aku memilih untuk memohon memasuki salah sebuah Maahad Tahfiz di Perak iaitu Maahad Tahfiz Al-Quraan Wal Qiraat Addin. Alhamdulillah Aiman telahpun selesai menghadiri temuduga. Temuduga yang dibuat berkaitan bacaan Al-Quraan, Hafazan 4 ayat yang dipilih dari mana-mana surah di dalam Al-Quraan, membaca dan menulis jawi dan juga membaca dan menulis dalam Bahasa Arab.

Bila ditanya pada Aiman bagaimana sessi temuduga, dia kata alhamdulillah boleh. Semasa Aiman menghafaz ayat 1 hingga 4 surah Yusuf, sebagai bapa aku tak hanya duduk diam memerhatikan dia. Aku turut bersama Aiman menghafal ayat-ayat tersebut dan menyemak hafalan beliau. Seronok bila tengok Aiman bertungkus lumus menghafal sampai sesekali dia mendengus kerisauan, ada masa-masa tertentu pula dahinya akan berkerut...Walau apapun keputusannya, abah redho dengan ketentuan Ilahi sebab abah tahu Aiman dah berusaha dan telah melakukan yang terbaik. Tahniah dari abah atas dayausaha Aiman untuk berjaya dalam temuduga tersebut. nanti kita share tentang keputusan temuduga Aiman.....

Sesiapa yang berminat nak menghantar anak ke Maahad Tahfiz al-Quraan Wal Qiraat Addin bolehlah melayari laman  web:  http://www.maahadtahfizaddin.edu.my/