Rabu, 2 Oktober 2013

SIMPANA MASA DEPAN

Pada masa kini ramai dikalangan rakyat Malaysia menghadapi masalah kewangan. Bila di lihat masalah tersebut berlaku bukan lah disebabkan kekurangan pendapatan bulanan atau harian. Majoriti rakyat Malaysia tidak lagi berada di tahap kemiskinan, golongan miskin masih wujud tetapi bukanlah kerana kemiskinan dari awal tetapi setelah berada di usia yang lanjut kerana tiada kemampuan untuk bekerja.

Membincangkan perkara diatas ianya kelihatan agak rumit tetapi setiap permasalahan berkaitan kewangan perlu dilihat secara telus dan jujur oleh setiap individu. Setiap individu perlu memikirkan jauh lebih kehadapan berbanding keadaan semasa terutama golongan muda. Seseorang individu perlulah merancang dengan teliti perbelanjaan bersesuaian dengan pendapatan yang di perolehi. Diantara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian adalah:-

1.Individu perlu mengetahui pendapatan bersih bulanan
2.Perbelanjaan yang dikeluarkan tidak boleh melebihi pendapatan bersih
3.Simpanan wajub perlulah dibuat sekurang-kurang 10% daripada pendapatan bersih yang di terima. Simpanan tersebut tidak boleh digunakan sekiranya tiada kepentingan mendesak. memiliki Insurans contohnya diantara cara terbaik.
4.Setiap perbelanjaan yang dibuat hendaklah direkodkan supaya mengetahui jumlah pendapatan yang telah digunakan.
5.Setiap individu hendaklah berusaha mengumpul wang untuk membeli sesuatu.
6.Attitude kita perlulah di ubah, jangan cuba menunjukkan kemewahan pada hakikatnya tiada apa-apa. lebih baik sekiranya kita tidak kelihatan mewah tetapi berharta.

 Harap artikel ini dapat kita kongsi bersama untuk kebaikan kita di masa hadapan......selamat menabung....





Rabu, 14 Ogos 2013

Perlukah Ditukarkan

Hari ni dua orang staff aku datang ke bilik aku memaklumkan bahawa diaorang telah pergi berjumpa dengan Pengarah Negeri berkaitan pertukaran diaorang. Untuk makluman diaorang berdua ni telah diarahkan bertukar ke tempat lain tapi masih dalam negeri yang sama. Akupun tak faham berkaitan pertukaran ni atas sebab ape. sebagai ketua pejabat di cawangan aku tak nampakpun kedua-dua staff aku ni bermasalah....malahan diaorang diantara pegawai yang berdisipli, komited dan jujur dalam menjalankan tugas. Bagi aku Pentadbiran membuat pertukaran ini hanya kerana diaorang busuk hati dan tak senang melihat orang lain senang. Akupun tahu ada beberapa orang kanan di Pejabat Negeri yang memang tak puas hati dengan pejabat cawangan yang aku terajui atas sebab ramai diantara pegawai yang agak lama berada disini. Tapi cubala fikirkan masalah pegawai disini jugak bukan semua tak sanggup ambil risiko bertukar dengan memohon kenaikan pangkat. Tapi ada sesetengah pegawai yang memang tak mampu untuk bertukar atas sebab sebab masalah peribadi yang tak dapat dielakkan. Macam si A dan si B ni ....suami diaorang memang tak boleh bertukar nak buat mcm mana. ...lepas tu si A pulak ada anak ramai dan masih kecil-kecil manakala si B ni ada anak OKU yang masih memerlukan perhatian dia sebagai ibu. Memang la diaorang boleh berulang tapi fikirla ...perjalanan selama 45 mini yang perlu di lalui seawal pagi dan setiap petang ...tak ke ada risiko. Macam mana pula dengan anak-anak diaorang nak siapkan seawal pagi untuk hantar kesekolah , nak siapkan makanan untuk anak-anak dan macam-macam lagi....sebagai ketua jabatan patutnya kena fikirkan kebajikan staff bukan bertindak ikut perasaan. Kalau nak tukarkanpun biarlah pegawai tu pegawai yang bermasalah ke atau pegawai yang minta bertukar atas sebab yang penting yang memerlukan pertimbangan ke...ini entah ape-ape....tetiba ditukarkan kerana dah lama sangat di sesebuah tempat...memang tak patut...cuba bayangkan kos untuk diaorang berulang pulak...dengan gaji yang tak seberapa macam mana nak isi petrol dan menyara hidup harian diaorang....tergamak pihak pengurusan menghukum orang yang tak sepatutnya.....dan memporak perandakan sebuah keluarga serta menyusahkan hidup staff sendiri yang hidup sekadar yang mampu.....fikir-fikirkanlah....lagipun pegawai-pegawai yang ditukarkan tu bukan ada pendapatan sampingan atau kaki rasuahpun....cuba la ada nilai kemanusiaan sikit dalam diri orang yang menghasut dan orang yang membuat keputusan.....

GAMBAR ADIK AKU YANG DISAHKAN CANSER PARU-PARU


Inilah dia gambar terbaru adik aku ...Adik Pi yang disahkan mengidap kanser paru-paru stage 4. Gambar ni diambil semasa aku dan keluarga serta adik aku Rin dan keluarga pergi beraya pada Hari Raya pertama 08.08.2013 @ Hospital Kuala Lumpur di Ward Onkology dan Radiology Tingkat 4, katil 17. Makin kurus..kesian aku tengok dia..nak bercakap tak mampu sebab suara tak ade....bila batuk wajah dia akan berkerut menahan kesakitan... hanya dia yang tahu apa yang dirasai....Abang doakan Allah memberikan dik pi kekuatan dan semangat untuk melawan kesakitan yang ditanggung.....harapan tetap ada.....kita sama-sama berusaha dan berdoa....InsyaAllah...dengan izinNya tiada yang mustahil.....sedihkan untuk kita adik beradik lalui tanpa adanya arwah abah dan arwah mak......Teringat abang pesanan arwah mak....yang arwah mak tak risaukan anak-anak yang lain tapi minta tolong tengok-tengokkan dik pi....seoalah2 naluri arwah mak tahu apa yang mungkin berlaku.....sesungguhnya Allah Maha Besar.

Rabu, 31 Julai 2013

Berita Sedih... Dik Pi tak sihat

Dalam kesibukan dan kekalutan untuk menyambut Aidil Fitri yang dah tak lama lagi ni....tetiba hari ni aku terima berita melalui sms dari adik aku Edy yang memaklumkan bahawa adik aku Dik Pi telah mendapat keputusan CT Scan yang terdapat ketumbuhan dalam paru-paru dia. Sebelum ni adik aku ni disyaki TB...tapi selepas pemeriksaan rapi mendapati bukan TB.....finally after CT Scan semalam baru tahu penyebab batuk dia yang dah lama tak berhenti-henti...rupanya disebabkan ada ketumbuhan pada paru-paru.....Edy bagi tahu kata Dr di hospital Port Dickson nak jumpa waris. So Edy pergi ke PD dengan adik aku yang no 2...Angah.... Harap semua dalam keadaan baik dan ketumbuhan yang dihidapi tidak serius... sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Selasa, 30 Julai 2013

DAPAT BISKUT RAYA

Assalamualaikum semua....

Jangan jealous ye....hari ni nak berkongsi cerita yang aku dapat biskut raya sampai 6 balang dari staff aku. Baiknya hati bagi biskut raya berbalang-balang. Seganpun ada kalau banyak duit boleh le aku kira beli tapi biasala kerja kerajaan ni mewah tidak miskinpun tidak...sekadar cukup untuk menyara kehidupan sekeluarga. Apapun terima kasih sangat-sangat buat anak buah aku yang begitu baik hati dan ikhlas memberikan sumbangan kuih raya ni....Thanks Kak Shereen.....atas sedekah jariah di bulan Ramadhan ni...Selamat berpuasa semua ..... hari ni dah masuk hari ke 23 ......

RUMAH FLAT UNTUK DIJUAL DI KEPONG SELANGOR

ASSALAMUALAIKUM

HARI NI NAK BAGI TAU YANG SAYA NAK JUAL RUMAH SAYA DI KEPONG SELANGOR
DI ALAMAT :

DS6-7-P DESA AMAN PURI
KEPONG SELANGOR
(RUMAH FLAT)
HARGA RM 65,000.....BOLEH DIRUNDING
KELUASAN RUMAH NI : 655 SQ FT
ADA 3 BILIK TIDUR DAN 2 BILIK AIR

KALAU BERMINAT HUBUNGI SAYA: AHMAD FITRI - 017-2680910
CEPAT CEPAT.....SIAPA CEPAT DIA DAPAT...RUMAH DAH MAKIN MAHAL NI....SEMENTARA MASIH ADA

Rabu, 29 Mei 2013

KUCINGKU SI TAM

Hari ini aku nak bercerita tentang kucing aku yang aku panggil dia Tam sebab bulunya berwarna hitam. Akupun tak tahu dari mana datangnya kucing ni.Aku tahu memang dia sering datang kerumah aku dan bersantai di hadapan rumah aku. sebab apa akupun tak tahu. Setiap hari bila aku balik kerumah dia akan datang mengendeng ngendeng di kaki aku untuk bermanja. Hari ke hari ... lama aku terpikat pulak dengan kucing sampai aku dah mula membeli makanan untuk dia. Tiap-tiap malam sebelum tidur aku akan berehat diluar rumah sambil bersembang-sembang dengan Si Tam ni. Badan diapun dah makin berisi. Yang aku tak buat lagi dekat Si Tam ni...bagi mandi...bukan apa aku takut dia mengamuk he he he....kalau bagi mandi berdua okla jugak. Anak-anak aku pulak suka jugak pada kucing ni tapi diaorang geli dengan bulu kucing. Sama juga dengan wife aku. Bantu aku bagi Si Tam ni makan tapi tak berani nak sentuh.. geli katanya...mmm jadi aku jelah yang membela dan membelai Si Tam ni..si kucing liar yang manja. Buat masa ni aku tak bawa Si Tam ni masuk kerumah...aku hanya membiarkan dia bebas diluar. Sekarang aku masih belajar cara-cara penjagaan kucing untuk memastikan Si Tam ni sentiasa dalam keadaan baik dan sihat cergas sentiasa. Harap-harp kosnya taklamahal sangat ye.....maklumlah tanggungjawab lainpun banyak juga.
Inilah dia kucing ku yang bernama Si Tam