Hari ni dua orang staff aku datang ke bilik aku memaklumkan bahawa diaorang telah pergi berjumpa dengan Pengarah Negeri berkaitan pertukaran diaorang. Untuk makluman diaorang berdua ni telah diarahkan bertukar ke tempat lain tapi masih dalam negeri yang sama. Akupun tak faham berkaitan pertukaran ni atas sebab ape. sebagai ketua pejabat di cawangan aku tak nampakpun kedua-dua staff aku ni bermasalah....malahan diaorang diantara pegawai yang berdisipli, komited dan jujur dalam menjalankan tugas. Bagi aku Pentadbiran membuat pertukaran ini hanya kerana diaorang busuk hati dan tak senang melihat orang lain senang. Akupun tahu ada beberapa orang kanan di Pejabat Negeri yang memang tak puas hati dengan pejabat cawangan yang aku terajui atas sebab ramai diantara pegawai yang agak lama berada disini. Tapi cubala fikirkan masalah pegawai disini jugak bukan semua tak sanggup ambil risiko bertukar dengan memohon kenaikan pangkat. Tapi ada sesetengah pegawai yang memang tak mampu untuk bertukar atas sebab sebab masalah peribadi yang tak dapat dielakkan. Macam si A dan si B ni ....suami diaorang memang tak boleh bertukar nak buat mcm mana. ...lepas tu si A pulak ada anak ramai dan masih kecil-kecil manakala si B ni ada anak OKU yang masih memerlukan perhatian dia sebagai ibu. Memang la diaorang boleh berulang tapi fikirla ...perjalanan selama 45 mini yang perlu di lalui seawal pagi dan setiap petang ...tak ke ada risiko. Macam mana pula dengan anak-anak diaorang nak siapkan seawal pagi untuk hantar kesekolah , nak siapkan makanan untuk anak-anak dan macam-macam lagi....sebagai ketua jabatan patutnya kena fikirkan kebajikan staff bukan bertindak ikut perasaan. Kalau nak tukarkanpun biarlah pegawai tu pegawai yang bermasalah ke atau pegawai yang minta bertukar atas sebab yang penting yang memerlukan pertimbangan ke...ini entah ape-ape....tetiba ditukarkan kerana dah lama sangat di sesebuah tempat...memang tak patut...cuba bayangkan kos untuk diaorang berulang pulak...dengan gaji yang tak seberapa macam mana nak isi petrol dan menyara hidup harian diaorang....tergamak pihak pengurusan menghukum orang yang tak sepatutnya.....dan memporak perandakan sebuah keluarga serta menyusahkan hidup staff sendiri yang hidup sekadar yang mampu.....fikir-fikirkanlah....lagipun pegawai-pegawai yang ditukarkan tu bukan ada pendapatan sampingan atau kaki rasuahpun....cuba la ada nilai kemanusiaan sikit dalam diri orang yang menghasut dan orang yang membuat keputusan.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan