Ahad, 8 November 2009

Ketenangan

Aku terbaring menghela nafas kepenatan
Mencari sebuah ketenangan
Dalam sebuah kegelapan
Tiada suara kedengaran
Hanya desiran atap disimbah hujan
Menjadi lagu syahdu membuai perasaan
Tiupan kipas terasa akan kedinginan
Terubatlah segalah keletihan
Terasa hilang segala kekusutan
Aku bersyukur atas segala ketentuan
Esok bermula lagi sebuah perjalanan
Yang belum tentu akan kesudahan

Isnin, 2 November 2009

RENUNGAN

Manusia tak pernah lari dari kesilapan
Manusia sering menyesal atas kesilapan yang dilakukan
Tapi...... sayangnya manusia sering terlupa
Terlupa yang dia pernah menyesal atas kesilapan itu
Walaupun pernah silap tapi masih ingin melakukan kesilapan yang sama
Fikir-fikirkanlah
Aku jua manusia

Khamis, 29 Oktober 2009

One of the good things about getting older
Is that we eventually learn
What is important and brightens our lives
And what is of little concern
And one of the things that we learn the years
That has always been found to be true
Is how much it means
To have a close friend
Who's a wonderful person like you!

Rabu, 28 Oktober 2009

Monolog Sekeping Hati

Isteriku
Kau ratu hatiku
Kau penawar lukaku
Kau teman ketawaku

Isteriku
Kaulah sahabatku
Kaulah kekasihku
Kaulah ratuku

Isteriku
Ketawamu kegembiraanku
Senyummu kebahagiaanku
Kesedihanmu kelukaanku

Isteriku
Tanpamu aku kaku
Tanpamu aku rindu
Tanpamu aku pilu

Isteriku
Terima kasih buatmu
Terima kasih atas kasih sayangmu
Terima kasih padamu yang setia menemaniku

Jumaat, 23 Oktober 2009

TAHUKAH AKU

Hari ini hari Ulang Tahun ku
36 tahun genap usiaku
Siapakah aku?
Kenalkah aku siapa aku?

Setelah 36 tahun usiaku
Dimanakah aku?
Dekatkah aku pada Mu?
Benarkah haluanku?

Tahuku doa tak lekang dari bibirku.
Usahaku tak kenal erti jemu.
Aku pasrah dengan takdirmu
Biarpun apa yang berlaku bukan mahuku

Aku sujud pada Mu
Aku mencari keredhaan Mu
Kerana tiada tempat untuk ku mengadu
Yang ku tahu hanyalah pada Mu

Rabu, 21 Oktober 2009

SIAPA SAHABAT SEJATI

Sahabat...apakah yang dinamakan sahabat sejati? Susahkah nak bersahabat? Perlukah lagi seorang sahabat kiranya telah berumah tangga. Bukankah pasangan kita adalah sahabat? Sahabat sentiasa berkongsi susah dan senang, sahabat sentiasa saling nasihat menasihati, sahabat juga saling mengambil berat antara satu sama lain.... Apa yang ada dalam nilai sebuah persahabat biasanya wujud dalam rumahtangga...dialah tempat kita bercerita...dialah tempat kita mengalirkan airmata....dialah tempat kita bergurau senda.....dialah bahu tempat kita berkongsi derita.....itulah namanya sahabat sejati....kekal selagi hayat dikandung badan...selagi nyawa tak terpisah dari jasad.....itulah nikmatnya berumah tangga....dialah isteri, dialah teman, dialah saudara dan dialah sahabat sejati yang sentiasa cuba memahami hati dan perasaan seorang suami...

Isnin, 12 Oktober 2009

Petua Khusyu' Solat

Raulullah SAW bersabda yang bermaksud " Beberapa orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehi hanya penat dan letih, kerana mereka lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud: " Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."Hadis lain dari Rasulullah s.a.w."Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang" serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan".
Yang dikatakan khusyu' itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan solat yang khusyuk, amalan - amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan solat :-
  • Menjaga makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan lain - lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
  • Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan - akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
  • Mendirikaan solat di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apabila solat terlalu lewat.
  • Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk Ayat Al-Quran yang dibacakan terutama surah Al-Fatihah, gerakan dan maknanya(Tafakhum). Supaya memahami dan mengerti bila kita melaksanakannya.
  • Rukun - rukun solat dilakukan secara tertib (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan solat itu.
  • Rasa malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t, rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
  • Berharap serta yakin bahawa Allah menerima solat dan amal kita
  • Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat dengan cara mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu solat.
  • Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
  • Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan mengkhayalkan pemikiran.
  • Mendirikan solat secara berjemaah.
  • Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan dan kaki. Mata perlulah ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
  • Azan dan Iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan solat bersendirian atau Iqamat sahaja.

Ahad, 11 Oktober 2009

Anak - Anak Ku

Anak-anak ku
Usah tidur terlalu lama
Bukalah mata
Lihatlah dunia

Anak-anak ku
Sekarang bukan masa untuk kalian leka
Bukan masa untuk kalian alpa
Bukan masanya untuk kalian terlena

Anak-anak ku
Dunia telah berbeza
Alam tak lagi sama
Manusia berlari mengejar masa

Anak-anak ku
Kejarlah masa yang ada
Belum terlewat untuk terjaga
Jangan lepaskan peluang yang ada

Anak-anak ku
Timbalah ilmu yang ada
Sematkanlah didada
Terjemahkanlah ia

Anak-anak ku
Hanya satu yang ku pinta
Seimbangkanlah ia
Bukan sekadar untuk di dunia tapi sebagai bekalan diakhirat jua