Isnin, 12 Oktober 2009

Petua Khusyu' Solat

Raulullah SAW bersabda yang bermaksud " Beberapa orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehi hanya penat dan letih, kerana mereka lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud: " Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."Hadis lain dari Rasulullah s.a.w."Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang" serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan".
Yang dikatakan khusyu' itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan solat yang khusyuk, amalan - amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan solat :-
  • Menjaga makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan lain - lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
  • Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan - akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
  • Mendirikaan solat di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apabila solat terlalu lewat.
  • Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk Ayat Al-Quran yang dibacakan terutama surah Al-Fatihah, gerakan dan maknanya(Tafakhum). Supaya memahami dan mengerti bila kita melaksanakannya.
  • Rukun - rukun solat dilakukan secara tertib (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan solat itu.
  • Rasa malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t, rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
  • Berharap serta yakin bahawa Allah menerima solat dan amal kita
  • Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat dengan cara mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu solat.
  • Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
  • Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan mengkhayalkan pemikiran.
  • Mendirikan solat secara berjemaah.
  • Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan dan kaki. Mata perlulah ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
  • Azan dan Iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan solat bersendirian atau Iqamat sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan