Remaja masa kini menghadapi bermacam-macam dugaan sebelum mereka melalui usia matang untuk membezakan yang baik dan buruk. Sebagai ibubapa kebiasaannya setiap anak di asuh dengan sebaik yang mungkin dan membesarkan setiap anak yang dilahirkan dengan penuh kasih sayang dan sama rata. Apa yang berlaku setiap anak yang dibesarkan akan membentuk keperibadian mereka tersendiri berdasarkan keinginan dan persekitran semasa.
Setiap ibubapa tidak mampu mencorakkan anak membentuk karakter yang sama. Ibubapa tidak pernah risaukan anak yang berlainan wajah, berlainan warna kulit, berlainan fizikal, berlainan tahap pemikiran sebab setiap ibubapa menganggap setiap anak itu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Apa yang merisaukan ibubapa adalah bilamana ada diantara anak-anak yang membentuk kepribadian jauh menyimpang dari perkara-perkara kebaikan dalam ertikata lain anak menjadi biadab, liar, tidak terkawal, terlalu bersosial dan lain-lain perkara yang di katakan negatif.
Ibubapa perlu menangani dengan bijak apabila berhadapan dengan anak yang bermasalah. Kesbaran di tahap paling tinggi amat diperlukan. Jangan sesekali mengherdik atau mencaci anak-anak yang bermasalah, malah tumpuan dan kasih sayang yang lebih adalah pendekatan yang terbaik. Cuba jadikan mereka sahabat paling setia dengan menyelami hati mereka.Banyakkan aktiviti bersama terutama dihujung minggu sebagai contoh kalau anak perempuan boleh di ajak bershopping, saloon, spa dan sebagainya. Anak lelaki pula boleh di ajak memancing, berbasikal, bercamping dan lain lain.
Yang paling utama sebenarnya berbalik pada agama. Didiklah anak-anak dengan ilmu agama yang cukup semenjak dari awal kandungan dan selama proses mereka membesar. Cuba bawak semua ahli keluarga untuk berjemaah di masjid atau surau..lama kelamaan ianya akan menjadi kebiasaan. Jiwa anak-anakpun akan lebih tenang, kalau tak boleh setiap waktupun sekurang-kurangnya ada satu waktu untuk sama-sama berjemaah.
Anak-anak yang bermasalah ni akan sentiasa mengancam ibubapa untuk bertindak melebihi batas kesabaran supaya memudahkan mereka untuk bertindak lebih cepat kearah keburukan. Jadi, setiap ibubapa jangan sesekali menyimbah minyak pada api yang sedang marak. Kesannya akan menyebabkan api lebih besar dan sukar dipadam.
Pastikan waktu makan seperti sarapan , makan tengahari atau makan malam sentiasa bersama. Jangan biarkan anak-anak makan secara bersendirian sebab ianya akan menjauhkan jarak hubungan kekeluargaan. Sekurang-kurangnya perlu sekali dalam sehari untuk menikmati hidangan bersama.
Tunjukkan kasih sayang pada anak-anak...tetapi bukan dengan cara memberi kebebasan yang keterlaluan atau dengan kemewahan. Kasih sayang boleh ditunjukkan dengan pelbagai cara diantaranya sentiasa memeluk dan mencium dahi anak, meneman mereka ketika hendak tidur, membantu mereka semasa membuat kerja sekolah (membancuh air minuman dan sebagainya), bergurau senda dan lain lain. Ibubapa tidak boleh malu atau lokek untuk memberikan kasih sayang pada anak-anak dengan cara yang betul. Kasih sayang berbentuk kemewahan dan kebebasan yang keterlaluan tanpa pemantauan bukanlah kasih sayang yang betul sebab ianya akan mebuka ruang untuk perpecahan sesebuah keluarga dan akibatnya akan terungkai kasih sayang anak-anak kepada keluarga.
Terakhir sekali ibubapa tidak boleh walau seharipun terlupa untuk berdoa pada anak-anak. Sebab setiap doa ibubapa akan mengiringi anak-anak dari detik asal usul kejadian mereka yakni ketika suami isteri bersama sehinggalah pada hari kebangkitan mereka di Padang Mahsyar....Wallahhualam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan