Selasa, 23 April 2013

CERITA PEJABAT 1

Hari ni aku ke Pejabat seperti biasa. Seronok untuk aku berada di pejabat sebab pelbagai pengalaman yang dapat aku kutip setiap kali aku bertugas. Hari ni aku nak bercerita tentang seorang orang awam yang hadir berurusan di kaunter pejabat ku. Aku telah biasa dengan pelanggan ni sebab sewaktu mula-mula dia berurusan di pejabat aku dia menghadapi sedikit masalah berkaitan permohonan teman wanitanya kerana dokumen yang dikemukakan tidak lengkap. Walau bagaimanapun aku telah berusaha membantu beliau dengan menyatakan apa yang perlu dibuat untuk memastikan permohonan tersebut diterima dan aku juga membantu beliau dengan menyedia dan menyusun semua dokumen yang diperlukan untuk beliau kemukakan permohonan dan akhirnya semuanya telah lengkap dan kini teman wanitanya telah memiliki dokumen yang sepatutnya diperolehi. Hari ini setelah hampir 2 tahun dia dan teman wanitanya berurusan dengan pejabat aku dia menghadapi sedikit masalah ketika di kaunter. Padahal ianya bukanlah masalah cuma dia perlu memahami akan prosedur yang telah ditetapkan walaupun telah diterangkan sebelum ini. Di sebabkan beliau tidak benar-benar memahami akhirnya berlaku salah faham di kaunter permohonan sehingga di bercakap kasar dengan salah seorang pegawai di kaunter sehingga terpacul dari mulutnya minta pegawai di kaunter menggunakan otak dan pelbagai lagi kata-kata yang tidak sepatutnya. Disebabkan masalah yang berlaku, pegawai di kaunter telah merujuk perkara tersebut kepada aku dan aku bersetuju dengan apa yang telah dijelaskan oleh pegawai aku dan minta pegawai aku yang bertugas di kaunter menjelaskan kepada beliau. setelah urusan di kaunter selesai, pelanggan terbabit telah berjumpa dengan sekuriti pejabat meminta kebenaran untuk berjumpa dengan aku. Aku seperti biasa membenarkan sesiapa sahaja untuk berjumpa dengan aku sekiranya ada pelanggan yang meminta. Pelanggan terbabit kemudiannya masuk untuk menemui aku. Sepeti biasa akau sentiasa bersedia untuk menghadapi kerenah pelanggan. Tatkala di masuk ke pejabat  aku, akupun menjemput dia duduk di sofaku yang empuk bersama teman wanitanya. Setelah dia duduk dipun mula bercerita. Ingatkaan hendak mengadu tentang masalahny di kaunter tadi, tetapi lain pulak cerita katanya hanya untuk menziarah aku ha ha ha......kesudahannya dia balik dengan rasa gembira. Macam-macam hal.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan