Pada masa kini ramai dikalangan rakyat Malaysia menghadapi masalah kewangan. Bila di lihat masalah tersebut berlaku bukan lah disebabkan kekurangan pendapatan bulanan atau harian. Majoriti rakyat Malaysia tidak lagi berada di tahap kemiskinan, golongan miskin masih wujud tetapi bukanlah kerana kemiskinan dari awal tetapi setelah berada di usia yang lanjut kerana tiada kemampuan untuk bekerja.
Membincangkan perkara diatas ianya kelihatan agak rumit tetapi setiap permasalahan berkaitan kewangan perlu dilihat secara telus dan jujur oleh setiap individu. Setiap individu perlu memikirkan jauh lebih kehadapan berbanding keadaan semasa terutama golongan muda. Seseorang individu perlulah merancang dengan teliti perbelanjaan bersesuaian dengan pendapatan yang di perolehi. Diantara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian adalah:-
1.Individu perlu mengetahui pendapatan bersih bulanan
2.Perbelanjaan yang dikeluarkan tidak boleh melebihi pendapatan bersih
3.Simpanan wajub perlulah dibuat sekurang-kurang 10% daripada pendapatan bersih yang di terima. Simpanan tersebut tidak boleh digunakan sekiranya tiada kepentingan mendesak. memiliki Insurans contohnya diantara cara terbaik.
4.Setiap perbelanjaan yang dibuat hendaklah direkodkan supaya mengetahui jumlah pendapatan yang telah digunakan.
5.Setiap individu hendaklah berusaha mengumpul wang untuk membeli sesuatu.
6.Attitude kita perlulah di ubah, jangan cuba menunjukkan kemewahan pada hakikatnya tiada apa-apa. lebih baik sekiranya kita tidak kelihatan mewah tetapi berharta.
Harap artikel ini dapat kita kongsi bersama untuk kebaikan kita di masa hadapan......selamat menabung....